beloggie amy je
ENTRY ABOUT PRELOVED my art FESBUK CIKGU AMY +FOLLOW

بِسْــــمِ.ﷲِالرَّحْمَنِ.الرَّحِيم
assalamualaikum|hai reader(s) : amy was here.hope you enjoy here ! press button for listen a cute song ;)

nota kecil : terima kasih for bw n follow , jgn lupa letak link dlm chatbox for follow back



tinggal link blog awak kat sini tau
Jangan letak Iklan kat sini *Haram




tuto&GA BELOGGIE AMY
malam lailatulqadar
✿ Posted on Friday, August 10, 2012 at 12:54 AM ||
0 comment(s)


assalamualaikum

malam lailatul Qadar
offkan music di tepi blog amy .marilah samasama kita menghayati entry ini 


Bulan Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita.Hanya beberapa hari lagi perpisahan dengan bulan yang penuh kemulian,pengampunan,ganjaran pahala dan bulan ibadat akan beransur-ansur menuju ke penghujungnya.
Rahsia di sebalik bulan Ramadhan terletak pada 10 terakhir yang padanya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.Bagi hamba-hamba Allah yang dahagakan pahala dan bonus yang cukup besar ini,mereka akan menyibukkan diri dengan pelbagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadat apabila bermulanya 10 malam terakhir,menghidupkan malamnya dengan ibadah dan Baginda s.a.w membangunkan ahli keluarganya untuk sama-sama beribadah…(Muttafaqun a’laihi)
Begitu juga dalam riwayat Imam Muslim : Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah lebih dari bulan yang lain pada 10 terakhir…
Kebesaran malam lailatul qadar terbukti berdasarkan dua hadis di atas.Oleh itu,kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan amalam kita semaksimum yang mungkin pada 10 terakhir.
Amalan-amalan 10 malam terkahir
1- Qiamullail sepanjang 10 malam terakhir walaupun sekejap.2-Membaca al-quran,zikir dan amalan-amalan ibadah yang lain.3-Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama melakukan ibadah.4-Bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada malam-malam tersebut walaupun sedikit.5-Iktikaf di dalam masjid walaupun sekejap.
Inilah ringkasan amalan-amalan yang patut kita lakukan pada 10 terakhir bulan ramadan.Insyaallah,sesiapa yang berusaha pasti akan menjadi tetamu lailatul qadar.1 malam lebih baik dari 1000 bulan sepertimana firman Allah Ta’ala:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
(Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.) Surah Al-Qadr :3
1 malam lailatul qadar juga bersamaan dengan 43 tahun 4 bulan…Alangkah hebatnya malam laillatull qadar…..
Bonus untuk umat Muhammad S.a.w………
Jangan lepaskan peluang keemasan ini…
Anda mampu melakukannya dan menjadi tetamu pada malam yang lebih baik dari 1000 bulan….



                                                                                      sumber : http://mohamadazhar.com